Wednesday, September 10, 2008

Pengumuman

Assalamualaikum dan apa khabar semua.

Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada anda semua kerana sudi membaca cerita saya ini dan memberikan komen-komen serta kritikan-kritikan yang membina. Saya juga sebenarnya berasa bangga dan seronok kerana cerita saya ini mempunyai kultusnya yang tersendiri dan ada di antara anda yang tertunggu-tunggu untuk setiap episod. Kalaulah saya hentikan cerita ini serta-merta maka mungkin ada yang datang ke rumah saya dan menembak saya dengan senapang hippotamus dek kerana terlalu kecewa.

Setiap minggu anda menunggu...

Malangnya ini adalah cuma hobi saya semata-mata. Kalaupun mahu dijadikan perniagaan mungkin saya tidak begitu serius untuk membuatnya. Saya mempunyai kerjaya yang baik serta mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

Jadi saya memohon maaf sekiranya saya tidak dapat mengujakan anda setiap minggu dengan bab-bab yang baharu pada setiap masa. Minggu ini sahaja saya telah menghabiskan masa di jalanraya sejauh hampir 1,200 km setakat ini. Saya penat. Terlalu penat. Tambahan lagi terkena flu pula. Selalunya pada ketika ini (hari Rabu) saya telahpun menyiapkan hampir separuh cerita saya. Namun pada hari ini otak saya kosong sahaja. Saya tahu macam mana jalan ceritanya tetapi saya tak tahu macam mana untuk menulis dengan sulaman kata yang baik. Sungguhpun cerita ini adalah bergenre romantik picisan yang penuh dengan bahasa pasar, namun kalau anda perasan saya tetap memasukkan bait-bait ayat yang indah serta berbunga-bunga. Saya memang sangat menghargai sastera Melayu. Saya berasakan bahawa inilah cara saya mendidik generasi muda untuk menyukai sastera dan menghargai keindahannya.

Mungkin minggu depan tiada bab 23 untuk anda. Namun saya cuba untuk menulisnya bukan kerana anda. Tapi kerana saya suka bercerita...

Ma'assalamah.

8 comments:

Anonymous said...

salam..
saya mmg mengikuti cerita ni dari semasa ke semasa..klu ikutkn tiap1 hari sya akan buka blog ni utk baca yg latest punya..tak mengapa lewat post yg baru cuma jgn berenti jer dari menulis...saya ni dari spesis yg suka baca tp dak reti nk menulis...jd guna bakat anda utk bantu spesis cam saya ni yer..terima kasih bebanyak

Anonymous said...

tak per bro...ambik jer masa janji jgn stop udah....bak kata bro..ada kang yg dtg umah tembak ngan senapang badak air(x tau nak ngeja badak air dlm english...:p) yg paling penting bro sentiasa sihat ngan family...nokatta...

Anonymous said...

Wokeh jek....tarak hal...
penting ilham cerite tu dtg dlm keadaan yg tenang, bro.... kalo tiap2 mggu wat...tp tetibe pressure sbb nak tiap2 mggu buat...last last rentak citer dah mule ntah ke mane....da tak best da...tgok je la citer prison break, heroes, dsb (eh, bleh compare ngan citer omputih?) memule best...last2 agaknye demand je spjg mase...citer dah mule melalut...

so, bro...take ur time....macam reza cakap jgn citer ni 'hang' camtu je dah la...
gua menanti citer ni habis dgn flow yg rileks and best.... yipie!!

Keje peguam...mmgla bz... :D

Tengku Wong said...

It's OK Pok, Relaaaaxxx...
mungkin minggu ni idea anda tersekat dan kosong tapi mana tahu dengan izin Allah minggu depan dia datang mencurah-curah dan melimpah-limpah dan dapat menghasilkan 2, 3, 4, dan 5 bab sekali dan anda dengan murah hati menyiarkan semua sebab nak raya la kan. Amin. (jangan mare gurau aje..)

“Banyak mutiara kata dalam minda anda” so let it out for the world to know.

Anonymous said...

to nami..semoga sentiasa sihat,dikurniakan keluarga yang bahagia agar sentiasa kreatif untuk berkarya..lama dah tak jenguk blog ni..dah episod 22 dah..cepat benar masa berjalan..u are always da best in joke,ayat2 jiwang and berkarya..teruskan usaha mu..mg Allah sentiasa mmberi nami kelapangan dalam berkarya..go2 power ranger =)

QasehNuryz said...

itz oke bro..take ur time,kami akn tggu.asalkan x stop terus;)

Anonymous said...

its ok fren :-)

Anonymous said...

hohohoi....macam tau2 je aku masuk situ..ko cari aku ke?wahaha...
lame tak dengar citer..tapi cite ko aku tak penah miss tau...terharula tu..ceh..

eh,janganle quit..lambat takpe..asal selamat..i still wait your story..keep it up bro..ceh,terharu lagi la tu..

k.la,raye pon nak dekat.so,kepada ko satu family..aku ucapkan selamat ari raye and maaf zahir je..haha...keep in touch..tata...