Sunday, August 3, 2008

Emo Hero Bab 17

Bab 17

Jumaat, pukul 9.53 malam. Di Restoran Siam Best.

“Girls, let me introduce you to both my best buddies. Arif and Wadi.” Aku hanya memandang tak berkejip ke arah ketiga-tiga gadis yang sangat dahsyat penampilan mereka. Aku ingat ini la kali pertama aku bertemu dengan kaum peribumi Amazon dalam hidupku.

“Hello! I’m Yanni.” ujar gadis yang memang tak dapat kunafikan kecantikannya. Cuma masalahnya lebih banyak kulit yang aku nampak dari kain pada tubuh melepaknya. Bukanlah tak bagus untuk aku. Aku enjoyyy… Tapi biasalah kena tunjuk alim kucing parsi sikit! (bunyi alim kucing parsi : Miau! Miau! Issh-issh-iiiisssshhh…) Ooo.. Jadi ini la Yanni, girlfriend Nizam yang muttakhir. Tatkala ini aku, Nizam dan Wadi telahpun melabuhkan punggung kami ke kerusi empuk di restoran tersebut.

“Hai! I Fay.” sapa seorang lagi gadis yang tak kurang hebat penampilan seksinya. Fay? Hidung penyek steamroll apahal nak guna nama omputeh pulak? Wong Fei Hong kot? Seeifuuu!!!

“Cheers! The name’s Marianna. You can call me Rina.” ujar seorang lagi gadis yang menyentakkan hatiku. Panggilannya sama macam Adrina. Dan sekarang aku dah teringatkan minah tu pulak!

“Arif marah kat I dan Wadi sebab kami berdua jarang spend time dengan dia. Itu sebab I angkut diorang berdua to tag along with me.” maklum Nizam dengan nada menyindirku. Sialan punya buaya Sarawak! Balik ke rumah nanti aku akan palu dahi kau dengan koleh besi membancuh Maggi macam kompang. Siap la…

“Haa… tengok! Tengok! He’s fuming already!” ujarnya lagi seraya tertawa. Yang lain-lain turut tertawa. Aku pulak tertawa bagai dipaksa.

“Both of you dah ada awek … kesian la abang Arif kita tinggal sorang-sorang.” ujar Marianna dengan senyuman meliriknya. Tapi aku rasa dia tersenyum sebab dari tadi mata aku dok terlekat kat dadanya yang terdedah luas kot?

“Not really. He got Adrina. She’s really gorgeous.” sampuk Wadi. Waah… dah berani tunjal bahasa Inggeris depan aweks sekarang ni, ya? Nampaknya aku la paling ketinggalan dalam hal ni. Yalah, aku masih rasa kekok dan segan lagi.

“Adrina? Gorgeous? You mean… Saidatul Adrina?” tanya Marianna tiba-tiba. Aku tergamam. Dan aku mengagak begitu juga dengan Nizam dan Wadi.

“Awak kenal dia?” tanyaku. Kali ni mataku tertancap ke anak mata Marianna. Gadis tersebut berasa agak segan lalu melarikan pandangannya ke arah lain. Eik? Tadi aku pandang kat dada membuak dia buat derrk aje. Ni mayu-mayu dugong pulak?

“Kenal. Dia satu sekolah dengan I. Nama panggilan kami sama. Jadi orang suka mengusik kami ni kembar.” ujar Marianna. Kembar? Biar benar pompuan ni… Berapa lama dah kau tak tengok mukamu kat cermin?

“But she’s way too beautiful. Mustahil la kami kembar!” ujarnya lagi seraya tertawa. Haa… baguslah kau telah sedar akan asal-usulmu, nak!

“I envy her. Adrina is not only gorgeous… Dia sangat bijak. IQnya sangat tinggi from average people.” ujar Marianna lagi. Kali ni kami semua terdiam.

“Ye ke? Tapi Nizam dapat markah paling tinggi dalam batch kami. Adrina cuma dalam top ten aje.” maklumku. Marianna mengangguk sambil tersengih.

“Memang dia macam tu. Dulu pun macam tu. I guess she has lots of issues till today.” komen Marianna.

“Issues?” tanya Nizam. Gadis tersebut mengangguk.

“Dia tak bagitau you all ke? Adrina came from a broken home!”

************************************************************

Lebih kurang 3 jam kemudian…

“Sekarang barulah aku tau mengapa kau sanggup maafkan dia. Nasib dia lebih kurang macam aku jugak.” Aku menoleh ke arah Nizam yang sedang menikmati sedutan Dunhillnya. Kami kini sedang menikmati kopi O panas di gerai Abang Bulat. Alaa.. kat tepi sungai tu la…

“Sebenarnya aku pun tak berapa percayakan cerita si Adrina tu sebelum ni. Tapi sekarang dah ada pihak ketiga yang verify kebenaran cerita dia tu. Takkanlah aku nak pertikaikan lagi, ya tak?” ujarku pula.

“Pun begitu apa hak dia nak menganiaya orang macam itu?” pertikai Wadi pula. Beliau kemudian menyambung kembali meniup-niup di bibir cawan kopinya yang masih berasap.

“Mak bapak kau tak bercerai, Di. Tapi aku dan Adrina sama-sama datang dari keluarga bercerai-berai. Yalah, mungkin diorang berdua masih sayangkan kami. Tapi dalam masa yang sama diorang berdua juga dah lukakan hati kami. Jiwa anak daripada keluarga yang bercerai memang kacau-bilau. Jadi kadang-kala orang macam kami ada yang boleh menahan diri dari buat benda bodoh. Tapi ada juga yang tidak.” Nizam kali ini mempertahankan Adrina pula.

“Aku sebenarnya rasa bersalah pada Adrina; walaupun dia tak tau sebenarnya aku tak percaya cerita tentang familinya dulu.” ujarku.

“Jadi kau nak bagitau dia ke?” tanya Wadi. Aku menggelengkan kepala.

“Ignorance is bliss, right?” komen Nizam. Aku mengangguk sambil tersenyum.

“Eh! Esok apa program kau?” tanya Nizam lagi.

“Eleh, buat apa korang berdua nak sibuk? Bukannya aku pergi kemana-mana dengan korang pun!” sindirku. Nizam dan Wadi sebenarnya sama-sama ada janji temu esok.

Alamak bro… takkanlah kau marah lagi dengan kami?” ujar Nizam lagi. Aku tertawa.

“Pucat kulit babi korang berdua! Adrina ajak aku keluar entah ke mana pagi-pagi buta lagi. Katanya ada surprise.” maklumku.

“Pukul berapa korang nak dating?” tanya Wadi.

“Kepala hotak dating!” bentakku. Wadi tertawa. Sukanya dapat mengenakan aku, ya? Nantilah bila aku sorok semua spenda kau atas almari. Biar padan muka keluar dating dengan Wawa tak pakai spenda!

“Aku kena tunggu dia jam 6.30 pagi besok. Gila betul pompuan tu.” rungutku.

“Eleh… tapi kau ikut saja permintaannya tu, kan?” usik Nizam. Aku membalas sindirannya itu dengan tinju Atuk Din Terlentang Kat Pinggir Kali ke bahu kirinya. Nizam dan Wadi hanya tertawa berdekah-dekah.

*****************************************************

Pukul 6.47 pagi. Hari Sabtu. Huaaa… (menguap)

“Sorry terlambat!” Itulah kata-kata yang pertama kudengari pada hari Sabtu ini sebaik sahaja aku membuka pintu Toyota RAV-4 milik Adrina. Aku tersenyum.

“’Alaikumsalam warahmatullah…” balasku.

“Aduss… terkena aku…” ujar Adrina. Aku tertawa. Sebaik sahaja menutup pintu, aku menoleh ke belakang.

“Nak cari panties Rina lagi ke?” usik Adrina seraya tertawa.

“Hotak! Apa yang ada dalam bakul dua bijik tu?” tanyaku. Adrina tertawa.

“Rahsia. Nanti Arip tengok sendiri.” jawabnya. Hii… macam X-Files nak berahsia-rahsia pulaaak. Namun aroma asing yang berlegaran di dalam ruang SUV ini membolehkan aku mengagak apakah isi kandung di dalam kedua-dua bakul tersebut.

“Rina ni daripada mana sebenarnya ni?” tanyaku.

“Dari rumah.” jawabnya. Oro! Pukul berapa dia bangun?

Awalnya Rina bangun!” komenku.

“Hm! Hm! You have no idea!” balasnya dengan bangga.

“Abis? Solat subuh tak?” tanyaku. Adrina memejamkan mata sambil memendekkan leher dengan mengangkat kedua bahunya. Nak buat comel-comel bersalah la tu.

Tarak! Tarak! No comel-comel bersalah! Singgah kat masjid universiti untuk solat subuh dulu!” desakku.

“Arip ni alim sangat la…” rungutnya. Jelas nada manjanya kedengaran di telingaku. Nak bagi hatiku cair le tu. Jangan harap, Ezora! Hatiku dah teguh dek dipasakkan dengan lagu-lagu nasyid al-Jawaher. Bulan Ramadhan yang mulia… umat Islam berpuasa… menunai rukun ketiga… patuhi lampu isyarat… kita di bumi Allah… ingat hari Akhirat… Eh! Macam salah lirik aje!

“Bukan alim tak alim… Solat tu wajib. Kita orang Islam. Berdosa kalau tak buat.” perjelasku dengan nada tegas. Buat seketika kami berdua terdiam. Aku cakap kasar sangat ke tadi? Tak kot? Mungkin agak keras kot?

“Rina sebenarnya tak pernah sembahyang.” Tiba-tiba suara Adrina dengan agak perlahan tapi cukup untuk menyentakkan suasana tegang tadi.

“Oro?” Rina memandang ke arahku yang tergamam.

“Rina tak tau cara sembahyang.” ujarnya lagi.

“Oro?”

- Bersambung! Korang yang membaca ni dah solat ke belum? -

4 comments:

Anonymous said...

nandakore....sambung lagik...adriana ajak p piknik ke...iskh2.....

Anonymous said...

cis, terkene plak aku...

mmg lom solat magrib lagi pun...baru jek masuk waktu

Anonymous said...

Tapi biasalah kena tunjuk alim kucing parsi sikit! (bunyi alim kucing parsi : Miau! Miau! Issh-issh-iiiisssshhh…)
- tergelak saya dibuatnya :-)

It's very obvious that Adrina is trying her best to win Arif back, i think that's what she's doing rite now :-)

p.s. Solat perkara pertama yang akan dikira semasa kita di akhirat nanti :-)

QasehNuryz said...

nxt...nxt plis he he

-kasihnuryz-