Aku berasa amat gembira bila melihat blogku telahpun mencapai tahap 40,000 orang pengunjung. Mungkin juga 5 ke 6 angka itu daripadaku bila nak update blog. Tetapi aku kira kalau dapat 1,000 klik seminggu itu pun sudah cukup baik.
Aku juga berasa sangat teruja menlihat followers yang semakin bertambah dalam blogku. Terima kasih para followers. Cuma aku berasa hairan sebab majoritinya orang perempuan. Mungkin kaum lelaki tak minat nak menjadi followers dan hanya bookmark blogku sahaja. Aku juga sebenarnya tidak menyangka bahawa semenjak MetroPolis, followers di blogku semakin bertambah. Majoriti kaum hawa pulak tu. Aku jangkakan pasti cerita MetroPolis tak mampu menarik minat kaum yang berjiwa halus ni. Namun ternyata jangkaanku jauh tersasar.
Ada kawan-kawanku yang bertanya kenapa aku tak minat pergi ke mainstream? Aku bukannya tak berminat. Tetapi novel macam MetroPolis ini bolehkah pergi ke mainstream? Ceritanya sangat ganas dan gelap. Tentu ia akan diedit sehabis-habisnya hingga menjadi novel cinta biasa. Aku tak ingin ia menjadi begitu. Satu lagi, mengapa perlu diedit perkataan Allah menjadi Tuhan? Kononnya untuk sasaran pembaca universal. Aku tak bersetuju. Kalau kita membaca novel luar negara pun, mereka akan menggunakan perkataan Jesus, Buddha dan Enma. Kalian tahu tak salah satu agenda Dajjal al-Masih adalah untuk meuniversalkan agama dan tindakan kita menggantikan perkataan Allah dengan Tuhan seolah-olah membantu misinya?
Bak kata Farid Ismeth : Fikir-fikirkanlah... Haha!

1 comment:
kebanyakkan pembaca lelaki lebih sukakan komik dari cerpen n yg berkaitan dgnnya..
saya sendiri sejak terserempak dgn cerita Emo Hero terus melekat dgn blog nih..tp sbg silent reader jer..
tahniah sbb dapat kongsikan cerita yg berlainan dari yg lain...kkdg rsa cam baca komik dalam versi e-novel
Post a Comment