Friday, June 5, 2009

Emo Hero Bab 44

Emo Hero Bab 44



Selepas beberapa hari bercuti akhirnya Adrina kembali ke UNISAS. Namun hari ini adalah merupakan hari terakhir beliau di universiti. Tentu beliau mahu berjumpa dengan semua kawan-kawan yang satu batch dengan kami untuk mengucapkan selamat tinggal. Jangkaanku tak salah. Bahkan sebelum kuliah bermula, Adrina sudah pun sibuk memberitahu rakan-rakan dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka. Sasaran pertama beliau ialah di kafeteria.

“Semuanya plastik.” Komen Nizam mematikan tumpuanku terhadap Adrina. Aku spontan memandang ke arahnya.

“Plastik?” tanya Wadi sebelum sempat soalan tersebut diutarakan dari mulutku. Badigol punya Wadi. Tanya la soalan lain. Penat aku bertungkus lumus menggosok gigi pagi ni. Malangnya tak berpeluang aku untuk menanyakan soalan yang sebegitu mengghairahkan tersebut.

“Hm. Tengoklah muka bebudak batch kita. Terpaksa pura-pura senyum kat Adrina. Macam la minah tu tak tau.” jawab Nizam. Nadanya jelas melahirkan perasaan kurang senang dengan sikap hipokrit kebanyakan rakan kami. Lebih-lebih lagi kaum hawa.

“Alaa… Itu la namanya berbasa-basi. Adrina bukannya tak tau ‘keplastikan’ diorang tu.” ujar Wadi pula. Aku mengangguk tanda bersetuju. Nampaknya sia-sia aje aku membersihkan gigiku pagi ni. Langsung tiada peluang untuk bersuara hatta untuk mengherdik kuda sekalipun. Kepiluanku tidak bertahan lama kerana Adrina mulai menghalakan langkahnya ke arah meja kami pula.

“Hei guys!” tegurnya dengan nada ceria.

“Hai Rina.” tegur Wadi.

“Yo.” tegur Nizam.

“Hm.” balasku dengan senyuman yang agak tawar sambil menganggukkan kepala. Aku masih lagi berasa kekok setelah meluahkan perasaanku yang sebenar beberapa hari lalu. Tambahan pulak cintaku itu ditolak oleh Adrina. Pada masa itu kalau ada orang sula lubang hidung aku dengan colok tokong pun tak akan sepedih rasa hatiku. Tiba-tiba Adrina terus duduk di sebelahku. Kemudian beliau sengaja menginjakkan bangkunya agar semakin rapat denganku. Aku yang berasa semakin kekok spontan menoleh ke arah gadis jelita tersebut.

“Hai Arif.” tegurnya seraya tersenyum manis bercampur ceria ke arahku. Aku yang berasa agak tergamam hanya merenung ke arah Adrina untuk mencari makna akan perlakuannya sekarang.

“I’m so glad to see you today.” maklumnya. Senyuman yang menghiasi wajah manisnya masih tidak luput. Aku tersenyum. Namun senyumanku itu bergaul dengan kepahitan. Adrina mengungkapkan ayat yang hampir sama seperti hari itu. Entah beliau sengaja untuk mengocakkan emosiku di kala ini, aku pun tak tahu. Yang aku tau petang ni ada rancangan Ultraman Taro kat televisyen.

“Ha! Malam ni jangan lupa, tau? Ada majlis resepsi pernikahan mama. Korang kena datang, tau?” maklum Adrina dengan nada serius. Mungkin sedikit mendesak.

“Yalah. Yalah. Kami ingat laa…” balas Nizam dengan nada sedikit jengkel. Mujur jugak la diorang berdua selalu bertengkar. Kalau cakap berbunga-bunga dengan pipi merah jambu tiba-tiba, alamat tak baik untuk akulah nanti. Tiba-tiba aku tersentak kerana terasa tanganku digenggam dengan erat. Perlahan-lahan aku memakukan pandangan ke arah Adrina. Beliau juga sedang memandang ke arahku kembali.

“Arip pun datang ya? Rina betul-betul harap Arip dapat datang.” pujuknya dengan lembut dan bersungguh-sungguh. Tanganku digenggam semakin erat. Senyuman gementar kali ini terukir di bibirnya. Mungkin beliau bimbang aku enggan pergi dek insiden yang berlaku beberapa hari lalu.

“Tentulah aku akan pergi. Janganlah risau.” balasku. Aku menggunakan perkataan ‘aku’ secara separa sedar kerana mungkin untuk menjarakkan diriku dengan Adrina.

“Keberet lu, minah! Dengan Arip bukan main romantik lagi mengajak. Cair taik kambing, tau? Dengan kami macam panggilan ke PLKN aje.” sindir Nizam. Kami semua tergelak. Adrina mengacukan penumbuknya ke muka Nizam yang masih ketawa. Namun sebelah lagi tangannya masih kejap memegang tanganku.

Aku benar-benar berasa keliru sekarang…

************************************************

Malam itu selepas solat Maghrib, kami segera bersiap untuk ke majlis respsi ibu Adrina. Aku dan Wadi masing-masing mengenakan pakaian yang pernah kami pakai untuk ke majlis sambutan hari lahir Adrina tidak lama dulu.

“Wei! Tak ada baju yang lain ke?” tanya Nizam setelah dilihatnya keadaan kami itu.

“Hotak lu! Ini la baju paling mahal sampai aku sayang nak pakai, tau? Aku bukannya artis yang pakai baju mahal-mahal sekali aje, tau?” ujar Wadi. Aku mengangguk tanda bersetuju dengan pemuda Jawa tersebut. Nizam tergelak. Setelah menghabiskan ekor tawanya, pandangannya terarah kepadaku pula.

“Rip! Kau ni apahal?” Tiba-tiba Nizam menghunjamkan pertanyaan kepadaku.

“Ke.. Kenapa?” tanyaku.

“Aku tengok sejak dua tiga hari ni kau senyaaap aje. Ada apa-apa yang dah terjadi antara kau dengan Rina ke? Korang bergaduh ke?” tanya Nizam. Ceh! Aku ingat diorang dapat tau aku suka tengok Hannah Montana selama ni.

“Mana ada kami bergaduh! Kami okey aje la. Aku pun okey.” balasku. Aku berharap agar Nizam tidak berjaya mengesani pembohonganku. Aku bukannya pakar macam dia. Malah mencarut pun tak sampai ke peringkat tahfiz lagi.

“Kau sedih ke sebab Rina dah nak pergi?” tanya Nizam pula.

“Hm.” jawabku seraya menganggukkan kepala. Lebih baik aku mempasakkan idea sedemikian ke cepu pemikiran kedua orang sahabatku ini daripada memberitahu perkara sebenarnya. Aku risau kalau-kalau mereka mengamuk angkat parang panjang bila mengtahui apa yang telah berlaku. Tiba-tiba Nizam menepuk-nepuk bahuku.

“It’s gonna be okay. Trust me.” pujuknya. Tangannya masih menepuk bahuku. Sudah la tu! Ingat aku ni kucing peliharaan yang comel ke?

“Jom kita pergi. Karang lambat pulak.” saran Wadi.

***************************************************

Kami tiba ke rumah Adrina lebih kurang empat puluh minit kemudian. Majlis resepsinya kelihatan begitu meriah sekali. Menurut Adrina, ibunya telah bernikah semalam di masjid. Yang kelakarnya ayah Adrina turut hadir di upacara pernikahan tersebut. Jadi wali mujbir gamaknya. Nyiahaha! Sebaik sahaja kami tiba, Adrina yang sedang sibuk melayani para tetamu yang baharu tiba terus berlari menuruni tangga untuk mendapatkan kami. Buat seketika aku terpegun melihatnya. Adrina kelihatan begitu cantik sekali. Memanglah sebelum ni pun beliau mampu membuatkan tukang pukul kerantung surau jatuh ke longkang kerana asyik memandangnya. Namun kali ini aku berani bersumpah kerat sideburn Adrina kini bagaikan seorang bidadari yang baharu turun dari syurga.

“Hei guys! Yay! Korang datang jugak akhirnya. Thank you-thank you!” ucapnya dengan girang.

“Terima kasih sebab jemput kami datang.” ucap Wadi pula.

“Oro? Wawa tak datang pun?” tanya Adrina.

“Er… Dia kurang sihat.” jawab Wadi. Begitu jelas perasaan serba-salah yang terpapar pada raut wajahnya.

“Oh… Ye ke… Tak apalah. Nanti kirim salam kat dia, ya?” pinta Adrina. Senyuman kelat jelas terlakar pada bibirnya. Kemudian beliau berpaling memandangku pula.

“Hai Arif.” sapanya. Bibirnya kembali mengukir senyuman manis.

“Hai Rina.” sapaku kembali.

“Jom.” ajak Nizam seraya menarik lengan Wadi. Mereka berdua segera meninggalkan kami. Kini hanya aku dan Adrina sahaja yang masih tercegat di situ. Kami mulai dihurungi oleh suasana yang kekok. Aku membuka mulut dan bersuara untuk meredakan suasana tersebut. Namun pada masa yang sama Adrina juga berbuat demikian. Akhirnya suara kami masing-masing tersekat di kerongkong. Dan kami kemudiannya tertawa kecil dengan perasaan yang masih kekok.

“Arip nak cakap apa tadi?” tanya gadis jelita di hadapanku ini.

“Tak apalah. Rina cakap dulu.” balasku pula.

“Rina nak cakap tadi… Rina sangat happy sebab Arip dapat datang.” maklum Adrina. Beliau tersenyum. Kemudian menundukkan kepala kerana enggan bertentang mata lama denganku. Aku menghela nafas dan melepaskannya perlahan-lahan agar tidak menjadi suatu keluhan.

“I’m glad to hear that.” Tiba-tiba aku mengungkapkan ayat sedemikian. Aku pun tak tahu mengapa. Mungkin kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Adrina itu terlalu kerap bermain-main di kotak memoriku hingga ke saat ini.

“Ouch.” balas Adrina yang dapat menangkap maksud di sebalik kata-kataku tadi.

“Sorry, Rina. Saya tak bermaksud nak cakap begitu. Saya tak berniat nak menyindir Rina. Sumpah. Wallahi.” maklumku membela diri.

“It’s okay. Sebenarnya Rina tak patut cakap macam tu. Hari tu Arip cakap suatu perkara yang amat besar dan bermakna. Tapi Rina balas cincai macam tu pulak. Patutnya Rina yang kena minta maaf.” ujarnya.

“Haha… Tak apa. Itu isi hati Rina masa tu. Saya tak ambil hati.” balasku pula.

“Tak, Arip. Itu bukan isi hati Rina masa tu. Rina nak cakap lain. Tapi keluar lain pulak. Sebenarnya… ah…” Kata-kata Adrina mati tatkala mendengarkan bunyi deringan telefon selularku. Kini hanya bunyi deringan tersebut yang menghiasi suasana di antara kami.

“Arip tak nak jawab ke panggilan tu?” tanya Adrina setelah dilihatnya aku masih tercegat memandang ke arahnya.

“Tak mahu. Saya nak dengar Rina habiskan ayat Rina tadi. Kalau saya jawab panggilan ni, Rina tentu tak akan sambung cakap Rina tadi.” jawabku.

“Arip jawablah dulu. Rina janji, Rina akan cakap.” ujarnya. Akhirnya aku mula mengeluarkan telefon selular di dalam poketku dan melihat pada skrin.

“Hello, Kak Ngah. Arip ni.” ujarku setelah menekan butang menjawab panggilan dan meletakkan telefon tersebut di telinga. Panggilan tersebut adalah daripada kakakku.

“Rip! Bang Long dah tak ada! Bang Long dah tak adaa…” Kata-kata kakakku itu diakhiri dengan lolongan tangisnya.

“Arip… Kenapa ni?” Pertanyaan Adrina tidak dapat kujawab. Mukaku menjadi pucat lesi. Raungan sendu kakakku masih berkumandang di corong telefonku.

“Arip… Kenapa ni? Kenapa Arip?”


- Bersambung -


***********************************************************************
Notakaki :

Minggu ni tekanan dalam hidupku agak kurang. Lagipun episod Emo Hero hampir berakhir dah. Mungkin dalam 4 bab lagi. Aku sememangnya begitu. Tak pernah membuat sebarang rangka bagi novel-novelku. Bagiku ianya menghadkan dan memancung keseronokan dan kelancaran ceritaku. Apapun, aku berharap agar cerita ini berakhir dengan baik. Baik dalam konteks ini ialah ianya disukai oleh anda semua. Dan aku juga beraharap agar selepas Emo Hero, cerita-cerita lain yang kubuat juga akan digemari oleh anda semua.

11 comments:

Precious said...

Bagus bagus ... akupun nak tulis novel tapi tak reti ... ada advice?

Si Nami said...

To Precious :

Haha! Awak salah orang la nak mintak advice. Lebih baik tanya dengan editor/ejen saya. Dia dah memang otai dalam bidang ni. Nanti saya tanya dia sama ada boleh bagi e-emel dia add kat awak. Kalau boleh, tanya la pueh-pueh.

jejaka kacak said...

best gila...asyik potong stim ja..camna andriana nak cakap...?waduhhh

Anonymous said...

Jejaka Kacak, knp ngko asyik tanya pasei Adrina je? Ngko tak riso pasal Abg Long ke? Abg Long dah takdeee......!!! Ngko tak riso ke mcm mana Abg Long nak jwb soalan kubur nanti? Abg Long dah byk b'dosa.....

reza said...

aaaaa mana tau abg long sempat bertaubat...hehehe lepas seksa kubur dah dia.....:D urgfff semakin saspender....

Anonymous said...

Abg Long mungkin jahat. Dia pilih jalan hidup yg salah. Dia dah byk menyusahkan adik dia & keluarga mrk. Tp sekurang2nya dia cuba nak b'bakti kpd adik dia utk kali yg t'akhir. Mungkin selepas ni ada p'baca budiman yg akan melancarkan Kelab Peminat Abang Long (Abg Long FC). Ahli-ahli yg b'daftar akan menerima pelbg brgan jenama Abg Long spt topi, t-shirt, lencana & pelbg lg brgan yg menarik pd masa2 akan dtg.

Jika ada respons yg kuat dpd para p'baca budiman, mungkin selepas ini Tuan Ahmad si Pencerita akan t'fikir utk m'hasilkan novel Abang Long. Mungkin jugak ada penerbit filem tempatan yg akan b'minat utk menerbitkan filem b'dasarkan novel t'sbt.

Anonymous said...

pehh sjk bila tetiba abg long jd femes plak nie
kami bukan along kami mau tolong saje
afundi abg long yeahh!

jejaka kacak said...

bkn aku xkesian kat abg long..buat apa nk knang org yg dh xda..hargai apa yg kita ada ja..ohhh andriana ku..dishhh (kena debik dgn arip)..nak tubuh fan abg long??kalau semua org sokong abg long sapa nak sokong andriana..sian kat dia..plezzz

Anonymous said...

ko jgn riso jk. haku dan org kmpg milan akan ttp menyokong adrina dr sebalik tabir dan topeng besi anonymous ini.

Anonymous said...

salam..u ni org k.kangsar ke???
coz klau x silap i nmpk u nk family mkn mlm kat restoran benteng jap td..tul x? klau btul la i teka...

Si Nami said...

Oro? Kuala Kangsar? Dak aih... Saya ada di KL kejap tadi. Ni nampak Qorin saya la tu... Haha!